RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.( MAKRO PENGAJARAN)
Matapelajaran                                     : Bahasa Melayu
Kelas                                                   : Prasekolah.
Masa                                                   : 1 Waktu (30 Minit.)
Tajuk                                                   : Alam Hidupan
Subtema                                             : Sayuran Berbuah
Tempoh masa                                     : 30 Minit
Alatan/ Bahan                                     : Kad perkataan, Kad lipat,Kat gambar,kad   huruf,Lembaran kerja.
Tunjang Utama                                   : Tunjang Komunikasi (Bahasa Malaysia)
Standard Pembelajaran Umum          : BM 3.6.2 Membaca frasa dengan sebutan                                                                                                                                  yang betul.
Standard Pembelajaran yang             : Tunjang Sains Dan Teknologi
digabungkan / disepadukan                : ST 11.1.3 Meletakkan objek pada kedudukan
                                                                               yang betul.
Objektif Pembelajaran                        : Pada akhir pembelajaran murid dapat
1.    Membaca ayat pendek dengan betul.
2.    Menyusun huruf menjadi perkataan dengan betul.
3.    Meniru huruf dengan betul
4.    Menulis dengan cara yang betul.

Kosa kata/ Perbendaharaan kata       : Tomato merah, bulat.(kv dan kvk)
Pengetahuan Sedia ada murid           : Mengenal huruf vokal dan konsonan.
Penerapan Nilai                                  : Berdisiplin dan tolong menolong.





PENGAJARAN HARIAN


Masa

Isikandungan

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Alatan/Bahan

Set Induksi
5 Minit

Buah Tomato

1.Guru membaca pantun teka teki kepada murid.
SenikataPantun Teka-teki.
Bulat bukannya bola, Merah bukannya darah,Kalau adik bijak dan pandai , Cubalah teka apakah dia?
2.Guru bersoal jawab tentang  bentuk, warna dan khasiat buah tomato.

1.Murid memberi perhatian dan meneka jawapan pada pantun teka teki tersebut.

Buah Tomato.

Langkah 1

5 Minit

Membimbing murid menyebut perkataan tanpa mengeja (kvkvkv) dan (kvk)
1.Guru membimbing murid menyebut perkataan tanpa mengeja mengikut suku kata.Contoh:tomato,
Merah, bulat.
2. Guru menjalankan latihtubi.


Murid membaca perkataan menggunakan kad lipat yang disediakan.

Kad lipat dan kad bergambar.

Langkah 2
5  Minit

Menyusun kad huruf menjadi perkataan tomato.
to
ma
to

Guru menyediakan kad huruf dan memberi arahan supaya setiap murid menyusun huruf  membentuk perkataan dan frasa yang betul, contoh:
Tomato bulat,Tomato merah


Murid menyusun huruf berdasarkan perkataan yang disediakan.

Kad huruf

Langkah 3
5 Minit

Mempamerkan ayat mudah:
tomato merah

Tomato bulat

Guru mempamerkan ayat mudah kepada murid.
Contoh:
tomato merah
tomato bulat


Murid membaca berulangkali dengan bimbingan guru.

Kad perkataan.

Langkah 4
8 Minit

 menampal serta menulis perkataan.

Guru memberi arahan supaya murid  menampal, meniru huruf serta menulis perkataan.

Murid mengikut arahan guru dan melakukan tugasan yang diberikan.

Lembaran kerja,kad huruf untuk di tampal  dan gam.

Penutup
2 Minit

Guru dan murid menyanyi lagu mengenai tomato.
Senikata lagu : Ini apa ?(4x)
                         Ini tomato (4x)
                         Tomato apa? (4x)
                         Tomato bulat (4x)
                         Tomato warna apa? (4x)
                         Tomato merah (4x) (Irama lagu  goreng pisang )









REFLEKSI  PENGAJARAN MAKRO –(MENGIKUT RPH)
Saya telah menjalankan pengajaran makro ini di dalam kelas Prasekolah di sekolah saya iaitu SK. Bandar Baru Batang Kali. Pengajaran ini melibatkan keseluruhan pengajaran daripada Set Induksi sehinggalah kepada penutupnya. Pengajaran ini mengambil masa 1 waktu pengajaran Bahasa Melayu iaitu selama 30 minit. Murid-muri Prasekolah yang akan saya ajar ialah seramai 25 orang. Murid-murid ini datangnya daripada pelbagai latar belakang.Ada yang ibu bapanya bekerja dan ada yang ibunya suri rumah tangga yang boleh memberi perhatian yang lebih kepada anak-anaknya dirumah berbanding murid yang kedua ibubapanya bekerja.
Matapelajaran yang saya ajar ialah Bahasa Melayu. Tajuk yang saya ajar pada hari itu  ialah tentang  alam hidupan. Subtemanya ialah Sayuran Berbuah (tomato). Pengetahuan sedia ada murid ialah mereka kenal buah tomato, pernah melihat buah tomato, dan pernah makan buah tomato. Pengetahuan sedia ada murid mengenai abjad ialah mereka telah diajar huruf vokal dan konsonan.Apa yang saya akan ajar ialah mengenai mengeja perkataan dan frasa mengikut suku kata kv dan kvk.
Objektif yang ingin dicapai oleh saya ialah       
murid boleh menyebut, mengeja,  membatang dan membaca perkataan dan frasa mudah. Objektif pertama saya menerusi Set Induksi untuk memperkenalkan buah tomato dengan cara teka-teka telah berjaya. Murid menunjukkan minat dan teruja untuk mencari dan memberi jawapan. Objektif keseluruhan dalam pengajaran saya juga tercapai walaupun terdapat 2 orang murid  Prasekolah itu yang  belum mahir dalam menguasai abjad a hingga z. Tetapi mereka dapat menyiapkan tugasan yang diberi setelah mendapat bimbingan dari saya. Keseluruhan Objektif tercapai walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki.
Penglibatan murid dalam pengajaran makro ini adalah sangat aktif dan terkawal . Mereka memberikan tindak balas yang baik pada  setiap soalan yang saya ajukan. Disiplin murid juga dapat saya kawal dengan menggunakan ketegasan semasa menjalankan pengajaran makro ini. Suara saya yang lantang dan jelas memberi penerangan kepada murid, menyebabkan mereka mudah faham apa arahan saya seterusnya. Ini dapat saya kesan semasa saya menjalan aktiviti latihtubi mengeja perkataan. Murid-murid bersama-sama guru mengeja perkataan tersebut dan ada yang sukarela mengangkat tangan untuk mengeja dan membacanya secara sendirian.
Saya mengajar mengikut Rancangan Pengajaran Harian  yang dirancang. Bagi saya itu adalah lebih mudah untuk saya memastikan objektif pengajaran pada hari itu tercapai.Walau bagaimanapun aktiviti yang dirancang ada masanya dilanjutkan masa supaya murid diberi lebih pemahaman semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pengubahsuai hanya dibuat melalui masa aktiviti dijalankan tetapi tidak melibatkan pengubahsuaian pada Rancangan Pengajaran Harian
Bantuan sokongan yang saya perlukan ialah dari segi menambah muzik dalam penutup pengajaran. Pada pendapat saya dengan adanya iringan muzik , murid akan lebih menarik minat murid berbanding apa yang saya lakukan menyanyi tanpa iringan muzik. Selain itu saya juga perlu membetulkan  bentuk tulisan yang saya gunakan . Ini kerana saya menggunakan komputer untuk membuat lembaran kerja yang huruf ’ t ’tidak sama seperti apa  yang saya tulis.Kemungkinan murid akan keliru semasa menjalankan aktiviti  meniru tulisan yang saya berikan. Dari segi saiz tulisan juga saya tidak dapat mengadakan tulisan atau huruf yang lebih besar, memandangkan saya ingin memberi penekanan terhadap huruf-huruf tersebut memerusi warna merah dan putih. Saya membuat kad lipatan sebagai alat bantuan mengajar , menyebabkan agak sukar untuk saya mendapatkan tulisan yang lebih besar. Sekiranya saya dapat membuat kad lipatan yang lebih besar , murid pasti memberi tumpuan yang lebih berbanding sebelumnya.
 Sekiranya saya diberi peluang sekali lagi untuk mengajar murid yang sama dan matapelajaran yang sama , saya amat gembira dan saya berjanji  akan berusaha lebih gigih lagi dan akan meminta pendapat dan pandangan guru-guru Prasekolah yang lebih berpengalaman berbanding saya. Perbezaan yang pastinya akan saya buat ialah dari segi alatan. Saya akan mengadakan alatan yang lebih bersaiz besar kerana saiz juga memainkan peranan dalam menarik perhatian murid terutama murid prasekolah. Disamping saiz,  warna-warna yang terang juga perlu saya gunakan kerana murid-murid kecil memang berminat melihat warna-warna terang. Kemungkinan juga saya akan menggunakan LCD dalam pengajaran saya , supaya lebih menarik perhatian murid terutama semasa menjalankan  Set Induksi .
Kesimpulannya, Saya amat berpuashati kerana Objektif pengajaran saya pada hari itu telah tercapai. Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu saya baiki , keseluruhannya semua aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat murid-murid prasekolah ini . Ini berkemungkinan mereka amat teruja kerana sebelum ini , saya tidak pernah mengajar mereka. Apabila saya mengajar mereka, murid-murid prasekolah ini sangat berdisiplin semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh kerana minat saya terhadap anak-anak kecil inilah, saya memilih opsyen Prasekolah sebagai subjek Major saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris , Tanjong Malim ini.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (MIKRO)

Tajuk /Tema                                                    : Diri Saya
Subtema                                                         : Bentuk Bulat.
Tempoh Masa                                                 : 5 Minit.
Alat bantuan mengajar                                    : Kad bentuk bulat (kecil dan besar)
Tunjang utama                                                : Tunjang Sains dan Teknologi.
Standard Pembelajaran Utama                      : ST 2.1 Membuat pemerhatian ke atas                                                                                    objek dan fenomena alam di
                                                                           Persekitaran.
                                                                        : ST 2.1.6 Memerhati dan mengenal
                                                                          Pasti bentuk-bentuk di persekitaran.
Standard Pembelajaran yang digabungkan   : BI 3.2.5 Recognice and sound out
                                                                          Simple words.
Objektif Pembelajaran                                    : Pada akhir pengajaran murid dapat:
1.    Mengecam bentuk-bentuk bulat.
2.    Memadan objek bulat yang terdapat dalam kelas.
3.    Murid berani memberi pendapat.
Kosa kata/ pembendaharaan kata                             :  Bentuk bulat , donat dan tayar.
Pengetahuan sedia ada                                              : Biasa dengan bentuk bulat seperti
                                                                                      Roda, donat, tayar dan lain-lain.
Penerapan Nilai                                                          : Bekerjasama, bertolak ansur.




RANCANGAN  PENGAJARAN HARIAN (MIKRO)



Masa


Isikandungan

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Alat Bahan

Induksi Set


Senikata lagu
Bulat kecil 2x
Bulat yang besar .
Sayang papa saya mama sayang semua.


Guru dan murid menyanyikan lagu bulat sambil membuat aksi.

Murid menyanyi sambil membuat gerak badan mengikut senikata lagu.

Senikata lagu.

Langkah 1

Bentuk Bulat.
1.    Bulat kecil
2.    Bulat Besar

Guru menunjukkan bentuk bulat kecil dan bulat besar.

Murid melihat, memerhati dan menyebut serta menunjukkan benda-benda bulat yang terdapat di dalam kelas


Kad bentuk bulat.
Bulat kecil.
Bulat Besar.
Benda-benda bulat di dalam kelas.






REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO (SET INDUKSI)
Saya telah menjalankan pengajaran mikro ini di dalam kelas Prasekolah yang terletak di sekolah saya sendiri iaitu SK. Bandar Baru Batang Kali. Pengajaran ini melibatkan ”Set Induksi” yang mengambil masa selama kurang lebih 5minit.
Topik yang saya ajar pada waktu itu mengenai  Diri saya dan Subtemanya bentuk bulat.. Dalam pengajaran ini, ia melibatkan murid-murid Prasekolah seramai 25 orang. Murid-murid Prasekolah ini terdiri daripada murid-murid yang dari pelbagai tahap penguasaan . Ada yang mahir tentang huruf vokal dan konsonan, ada yang hanya mahir huruf vokal sahaja dan ada juga yang kurang mahir  kedua-duanya.
Kekuatan yang dapat saya rumuskan setelah menjalani mikro pengajaran ini ialah dalam memulakan sesuatu pengajaran bukan sahaja alat bantuan mengajar diperlukan tetapi kemahiran guru dari segi suara dan mimik muka memainkan peranan penting untuk menarik minat murid. Saya mulakan pengajaran saya dengan menyanyi ’ lagu bulat ’kepada murid. Murid amat teruja dan gembira dapat menyanyi bersama-sama. Saya mengajar senikata lagu kemudian  saya dan murid-murid menyanyi bersama-sama. Untuk memperkenalkan murid-murid kepada bentuk-bentuk bulat yang terdapat dipersekitaran mereka.
Selain itu, kawalan kelas dan disiplin murid dapat saya tangani dengan ketegasan dan kemesraan saya terhadap murid saya. Saya memberi peluang  kepada murid-murid saya untuk menyanyi dan diikuti dengan gerak badan yang dilakukan oleh saya dan diikuti oleh murid-murid. Dengan adanya pengalaman ini, murid akan lebih seronok dan gembira mengikuti pembelajaran  seterusnya juga  mengingati apa yang mereka lalui serta pengajaran yang diajar oleh guru pada waktu tersebut.
Suara dan mimik muka serta gerak gaya guru juga memainkan peranan penting .Ia juga merupakan kekuatan yang dapat saya laksanakan. Suara guru yang lantang dan jelas dapat memberi lebih tumpuan dan menarik perhatian murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan.Gerak gaya guru yang tidak statik memberi lebih persediaan kepada murid ketika guru bersoaljawab dengan mereka.
Manakala  kelemahan yang perlu penambahbaikan dalam sesi pengajaran mikro ini ialah saya perlulah menggunakan kaedah atau pendekatan yang lebih menarik lagi untuk menarik minat murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran selepas set Induksi ini. Sekiranya set Induksi yang dijalankan tidak mendapat menarik perhatian murid, sudah tentu langkah pengajaran dan pembelajaran seterusnya tidak tercapai seperti objektif yang disasarkan.
Oleh yang demikian , saya berharap dapat melaksanakan set Induksi ini dengan lebih efisyen dan menarik bagi mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang dengan berkesan.Pengalaman dan aktiviti yang dilakukan oleh murid sendiri adalah lebih bermakna dan lebih berkesan berbanding guru yang melakukannya.
Kesimpulannya, Set Induksi memainkan peranan penting  bagi mencetuskan minat dan idea murid ketika memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran terutama murid-murid Prasekolah yang masih kecil dan amat berminat dengan hiburan atau dengan kata lain minat bermain. Oleh itu guru-guru yang mengajar murid-murid Prasekolah hendaklah mengajar sambil bermain ataupun menghiburkan mereka  ibarat pepatah menyelam sambil minum air.

No comments:

Post a Comment